Pengenalan

Sabtu, 6 Februari 2010

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Mula-mula sekali aku ni rasa agak pelik tentang diri aku yang secara tiba-tiba jadi gila memancing di laut, sedangkan aku memang tidak pernah sekali untuk cuba dan mencuba nasib di pantai mahu pun laut dalam kecuali sebagai pemancing tegar udang galah dan sedikit-sedikit dengan dunia pancing kolam. Itu pun disebabkan aku dilahirkan dan menetap di sebuah kampung yang nyaman dan memang menjadi pilihan para  penggemar dan kaki pancing udang galah.

Kisah bermula apabila aku mengharungi liku-liku perjalanan yang teramat sukar dalam hidupku sepanjang tahun 2009, bermula dengan tragedi demi tragedi dari 1 Mei 2009 hingga melarat hampir ke setiap bulan membawa seribu kedukaan dan kecelaruan yang amat memberi tekanan dalam kehidupan harian aku. Disinilah aku mula menjinakkan diri apabila satu kem yang dijalankan oleh satu Pertubuhan yang aku sertai bersama penuntut-penuntut Institut Perguruan Tuanku Bainun di salah satu lokasi di Taman Negara Pulau Pinang iaitu di Persisiran Pantai Teluk Duyung @ Monkey Beach. Disinilah lokasi pertama yang membuatkan aku terus dan terus menjadi gila hingga ke saat ini.

Walau pun pengalaman aku masih diperingkat bawah, namun ia aku berbangga kerana aku mampu untuk memahami dengan cepat tentang perkembangan dunia pancing seterusnya tips-tips dan maklumat yang aku perolehi daripada internet turut membantu aku untuk lebih mempelajari kehidupan sevagai seorang pemancing. Mudah-mudahan dengan lahirnya blog aku ini, aku dapat lagi berkongsi maklumat, pengetahuan dan dapat menimba,belajar dan kawan-kawan baru yang lebih berpengalaman dan mahir tentang dunia pancing ini..

0 ulasan: